Keindahan alam semulajadi ciptaan Allah menambahkan ketaqwaan jika kita mampu berfikir dan menghayati keagungan kekuasaanNya .
Pulau Panji terletak di tengah lautan , didiami oleh orang-orang Islam yang taat pada syariat Allah . Kami rasa sayu dihati apabila laungan azan Zohor berkumandang ditengah lautan . Oh ! alangkah hebatnya keagungan Allah .
| Perumahan di atas laut . |
| Jeti . |
| di dalam Gua . |
| membuat rumah di atas Laut . |
| Pengangkutan utama . |
| Surau di Pulau Panji |
| Barisan jemaah . |
| sedikit Sumbangan . |
| Imam Masjid di Pulau Panji . |
| Jeti utama di Pulau Panji . |
Setelah 2 malam di Pulau Phuket , kami menyampung pengembaraan ke Ranong . Di sini kami di sambut oleh Persatuan SELIMAH Ranong . Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara saudara-saudara seagama dari Ranong dan diadakan di Masjid al-Faizin . Ucapan daripada Pengerusi SELIMAH diterjemahkan oleh Ustaz Amin dan guru Tadika Lepasan Insaniah iaitu ( Puan Fatimah dan Puan Noraini ) .
Kami juga telah memberi sedikit sumbangan kepada TADIKA masjid untuk pengajian dan pembelajaran prasekolah .
Pada keesokan harinya , kami terus ke Pulau Dua , Burma untuk melihat sekolah pendidikan Islam di sana tetapi kami di halang oleh pihak tertentu . Semua jemaah sedih dan kecewa kerana program tidak berjalan seperti yang telah dirancang . Namun kita hanya mampu merancang , Allah yang berkuasa untuk menentukan ..Akhirnya , Ustaz Shafie datang menerima sumbangan di Jeti Ranong . Itulah nasib orang Islam yang ditindas kerana menurut Ustaz Shafie , pelancong Islam dari luar negara tersebut tidak akan boleh masuk ke Pulau Dua tersebut kerana pihak berkuasa mengetahui bahawa di situ terdapat ramai penduduk yang beragama Islam . Namun sekiranya kami mampu bertemu dengan penduduk di sana , menurut ustaz , penduduk di sana pasti akan menitiskan air mata kerana terharu dengan kehadiran kami yang datang dari jauh semata-mata untuk bertemu dengan mereka..
| Perjalanan ke Burma . |
| Imigresen di tengah lautan . |
| Pemandangan di negara Burma . |
| Pemandangan di negara Burma . |
| Di tengah kesibukan kota . |
| Pengangkutan utama . |
| Di tengah kesibukan kota . |
| Pemandangan dari atas bukit . |
| Barisan jemaah dari Malaysia . |
Allah meminta supaya kita berjalan di muka bumi , melihat kebesaranNya dan berfikir tentang nikmat dan kasih sayang Allah pada semua makhluk .
0 comments:
Post a Comment